hahhaha..
oke firstly sy rasa masih sempat dan belum terlambat nk ambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menyambut MAULIDUR RASUL kepada blogging-blogging...have a nice day!!!!
..........
kat sini nak bagi info sikid about MAULIDUR RASUL yang dipetik dari wikipedia ..(hehehehe)
oke-oke..>>>>
::MAULIDUR RASUL adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad
Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada hari isnin.Setiap tahun pada hari itu umat Islam akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan
beberapa acara seperti perarakan , ceramah , dan sebagainya..
Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.
Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal soleh.Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah SWT akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.
Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya. ::
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
done: dah bace?? alaaa bukan-nyer lama nk bace pasal nie . LIMA MINIT POM X SAMPAI ...so sy berharap entry nie akan memberi manfaat dan menambah ilmu pengetahuan tentanh hari MAULUD nie..peace~yaww..
.
HAVE A NICE DAY:)